Sejarah dan Fungsi Monitor Komputer
Monitor komputer
merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan
aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh
komputer dan diproseskan oleh kad grafik. Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display).
Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri. Mutu Monitor
tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel
yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.
Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD
semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil,
ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT
Istilah
"mod paparan" merujuk kepada ciri-ciri paparan komputer, khususnya
bilangan warna maksimum dan peleraian imej maksimum (dalam piksel
lintang dan piksel lajur). Terdapatnya banyak mod paparan yang boleh di
dapati dalam sistem komputer peribadi pada hari ini.
Paparan komputer peribadi yang terawal merupakan Monitor monokrom yang digunakan untuk pemproses kata dan sistem komputer berdasarkan teks pada dekad 1970-an. Pada tahun 1981, IBM
memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA). Sistem
paparan ini berupaya memberikan empat warna, dan mempunyai peleraian
maksimum 320 piksels datar dan 200 piksel tegak. Walaupun CGA mencukupi
untuk kegunaan permainan komputer yang mudah seperti permainan solitaire dan permainan dam, ia tidak mencukupi untuk pemprosesan kata, penerbitan atas meja ataupun penggunaan grafik yang canggih.
Pada tahun 1984,
IBM memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA)
yang dapat memberikan sehingga 16 warna yang berlainan dan peleraian
sehingga 640 x 350. Ini memperbaiki kelihatannya berbanding paparan yang
lebih awal, dan memungkinan pembacaan teks dengan mudah. Bagaimanapun,
EGA tidak memberikan peleraian imej yang mencukupi untuk
kegunaan-kegunaan tahap tinggi seperti reka bentuk grafik dan penerbitan
atas meja. Mod ini kini sudah usang, walaupun ia kekadang masih boleh
didapati di pemprosesan lama dan komputer peribadi di rumah kediaman.
Pada tahun 1987,
IBM memperkenalkan sistem paparan Tatasusunan Grafik Video (VGA). Kini,
ini telah merupakan piawai minimum yang dapat diterima untuk komputer
peribadi. Peleraian maksimum tergantung kepada bilangan warna yang
dipaparkan. Pengguna boleh memilih antara enam belas warna pada 640 x
480, ataupun 256 warna pada 320 x 200.
Pada tahun 1990,
IBM memperkenalkan sistem paparan Tatasusunan Grafik Terluas (XGA)
sebagai waris untuk paparan 8514/A. Versi yang berikut, iaitu XGS-2,
memberikan peleraian 800 x 600 piksel dalam warna yang benar (16 juta
warna) dan peleraian 1024 x 768 dalam 65,536 warna. Kedua-dua tahap
peleraian imej ini mungkin merupakan jenis yang terpopular di kalangan
individu dan perniagaan kecil pada hari ini.
Persatuan
Piawai-Piawai Elektronik Video (VESA) telah mengasaskan antara muka
pengaturcaraan piawai untuk paparan Tatasusunan Grafik Video Super
(SVGA) yang digelarkan Sambungan BIOS VESA ("VESA BIOS Extension").
Lazimnya, paparan SVGA dapat mendukung palet sehingga 16 juta warna,
tergantung kepada jumlah ingatan video yang tersedia dalam sesuatu
komputer yang akan menghadkan bilangan warna yang dapat dipaparkan.
Spesifikasi peleraian imej berbeza-beza. Pada umumnya, lebih besar skrin
Monitor SVGA, lebih banyak piksel dapat dipaparkan secara datar dan
tegak.
Baru-baru
ini, spefikasi-spefikasi baru telah muncul. Ini termasuk Tatasusunan
Grafik Terluas Super (SXGA) dan Tatasusunan Grafik Terluas Ultra (UXGA).
Spesifikasi SXGA biasa digunakan untuk merujuk kepada skrin-skrin yang
mempunyai peleraian 1280 x 1024; UXGA merujuk kepada peleraian 1600 x
1200. Pada hari ini, spesifikasi yang lama (VGA and SVGA) sering
digunakan untuk rujukan kepada keupayaan peleraian tipikal.
Copy paste dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Monitor
Tidak ada komentar:
Posting Komentar